Keputusan pelajar:
Berikut adalah keputusan ujian pra and pos, Terdapat peningkatan sebanyak +53.4% dari segi markah pelajar setelah
mempelajari mekanisme SN2 dengan menggunakan Model SN2 Kit.
SN2 kit adalah intervensi yang sesuai digunakan untuk membantu pelajar memahami dan mengimaginasikan mekanisme SN2. Kebanyakan pelajar dapat menguasai mekanisme SN2.
Soal Selidik Pelajar:
Selain itu, pelajar berpendapat
- membantu pelajar memahami mekanisme secara visual dan praktikal
- cara ini sangat membantu
- memudahkan pelajar untuk membayangkan bentuk sebatian dalam mekansime ini
- Image memory learning
- excellent
- very nice
Impak kepada pelajar:
- Pelajar dapat berkongsian ilmu di antara satu sama lain.
- Pelajar yang lemah juga boleh mengikuti.
- Dengan bantuan SN2 kit, pelajar dapat memvisualisasikan mekanisme dengan teliti dan tepat.
- Pelajar diberi peluang membentang di depan kelas.
- SN2 kit menggalakan pelajar berfikir dan berbincang berdasarkan soalan yang diberi.
- Pembelajaran secara interaksi di antara pelajar dengan pensyarah telah menarik minat pelajar dalam proses pembelajaran kimia organik.
- Wujud budaya pembelajaran kendiri dan pemeblajaran secara berkumpulan.
Impak kepada pensyarah:
- Pensyarah memainkan peranan sebagai pembimbing di dalam kelas untuk membantu pelajar membuat perbincangan.
- Pensyarah boleh mengesan kesilapan dan miskonsepsi di kalangan pelajar semasa perbincangan dan kumpulan.
- Pensyarah boleh melakukan sesi kuiz untuk menguji tahap kefahaman pelajar.
- Perkongsian idea di sesi wancana ilmu memberi idea kepada pensyarah lain untuk memantapkan PdPc.
- SN2 kit menjadi bahan rujukan kepada pensyarah lain.
- Mengalakkan budaya inovasi di kalangan pensyarah.
No comments:
Post a Comment